Masjid Sultan Alaeddin

Masjid yang pernah menjadi Masjid Negeri Selangor ini terletak bersebelahan dengan Istana Bandar. Dibina pada tahun 1918, iaitu selepas tamatnya Perang Dunia Pertama dan siap sepenuhnya pada tahun 1925. Bahan binaan yang digunakan untuk mendirikan masjid ini diimport sepenuhnya dari England. Separuh kos pembinaannya disumbangkan oleh Sultan Ala'eddin Suleiman Shah dan selebihnya adalah sumbangan daripada penduduk setempat.Reka bentuk masjid ini menampilkan pengaruh seni bina dari Timur Tengah dengan reka bentuk yang terkini pada zamannya.
