Konvensyen Identiti Seni & Budaya Selangor

TPL_WARP_PUBLISH


PENDAHULUAN

Konvensyen ini telah diadakan berdasarkan ucapan Belanjawan Negeri Selangor 2019 oleh Dato’ Menteri Besar Selangor pada 23/11/2019.

Ianya merupakan Masterplan Pembangunan Seni dan Budaya Selangor berdasarkan petikan ucapan Dato Menteri Besar  :-


UPPEN mencadangkan agar PADAT melaksanakan :

i. Penubuhan Galeri Seni Halus SAMA (Shah Alam Modern Arts) berserta dengan pembentukkan masterplan pembangunan seni dan budaya Negeri Selangor : peruntukan 2.5 juta

ii. Konvensyen Seni dan Budaya Negeri Selangor dan

iii. Festival Alam Melayu ; peruntukan RM1.5 juta


OBJEKTIF

1) Pemerkasaan program seni kebudayaan yang berteraskan elemen tradisi dan warisan adalah amat wajar untuk disemarakkan supaya ianya tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas.

2) Usaha berterusan kerajaan negeri dalam memartabatkan serta merancakkan seni kebudayaan di negeri Selangor.

3) PADAT sebagai agensi untuk mengelola dan menterjemahkan kebudayaan Selangor serta melaksanakan penyelidikan berkaitan dengan kebudayaan sebagai identiti negeri (sidang Dewan Nov 7, 2019).

4) Mengenal pasti dan mencadangkan ciri-ciri seni dan budaya yang akan menjadi identiti kepada Negeri Selangor


PERLAKSANAAN KONVENSYEN IDENTITI SENI DAN BUDAYA SELANGOR

Dalam usaha untuk memperkasakan keunikan identiti seni dan budaya Negeri Selangor, konvensyen perlu diadakan berdasarkan keunikan kesenian dan budaya seperti berikut:-

i. Motif bunga Tanjong
ii. Pakaian Selangor
iii. Tarian dan Muzik Selangor
iv. Makanan Tradisi Selangor

JAWATANKUASA KONVENSYEN IDENTITI SENI DAN BUDAYA SELANGOR

i) MOTIF BUNGA TANJUNG
 Bunga tanjong kelopak sembilan dicadangkan sebagai motif negeri Selangor. Bagi tujuan mengangkat motif ini sebagai salah satu identiti simbol negeri Selangor PADAT akan melaksanakan :

• Pertandingan mereka bentuk motif bunga tanjong

ii) TEKSTIL DAN BUSANA SELANGOR

 Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa tekstil dan busana Selangor adalah seperti berikut :-

i. Mengenalpasti dan menentukan pola busana bagi Lelaki dan Wanita Selangor

ii. Memastikan penggunaan / penggayaan secara berterusan kain telepuk dan selendang kelingkan sebagai kesenian tekstil Selangor

iii. Membincangkan kaedah untuk inovasi penciptaan teknik menghasilkan telepuk untuk dijadikan pakaian rasmi Selangor

iv. Menghasilkan teknik terbaru untuk kain telepuk yang mampu milik

iii) TARIAN DAN MUZIK SELANGOR

 Tarian adalah suatu pergerakan yang berirama. Dalam kebudayaan masyarakat Selangor terdapat pelbagai jenis tarian, sama ada tarian asli mahupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur-unsur moden (kontemporari). Tarian-tarian yang berunsurkan seni tari istana dipersembahkan pada waktu perkahwinan, pertabalan, istiadat menyembah dan sebagainya. Seni tarian ini perlukan penyelidikan lebih terperinci bagi mengenalpasti jenis dan keaslian tarian negeri Selangor.

Muzik tradisional adalah muzik oleh sesuatu kaum. Ia bergantung kepada budaya, adat dan penerimaan sesuatu bangsa. Setiap bangsa mempunyai ciri-ciri muzik yang tersendiri. Sehingga kini alat muzik yang telah dikenalpasti adalah alat muzik cempuling. Keaslian dan ciri-ciri yang terdapat dalam muzik cempuling merupakan identiti kesenian muzik bagi negeri Selangor berdasarkan hasil penyelidikan yang telah dijalankan.

Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa tarian dan muzik Selangor adalah seperti berikut :-

i. Mengenalpasti dan menentukan jenis tarian dan muzik tradisional Selangor.

ii. Mengkategorikan jenis tarian istana dan tarian rakyat serta keaslian gerakan bagi tarian.

iii. Mengenalpasti peralatan muzik tradisional Selangor.

iv. Mengenalpasti irama muzik asli bagi negeri Selangor

v. Membincangkan kaedah untuk mengaplikasikan dan melestarikan tarian dan muzik kepada masyarakat

iv) MAKANAN TRADISIONAL

Makanan tradisional adalah makanan yang biasa dimakan oleh masyarakat tertentu dengan cita rasa khas yang diterima oleh masyarakat tersebut. Di Selangor terdapat pelbagai jenis makanan tradisional berdasarkan kepelbagaian suku kaum yang terdapat di wilayah ini. Kepentingan kajian ini adalah untuk mengetahui makanan tradisional mengikut etnik dan penerimaan makanan tradisional sesuatu etnik terhadap etnik yang lain serta daya tarikan setiap makanan tradisional tersebut. Sehubungan itu semua jenis masakan Selangor perlu di identifikasi bagi tujuan pewartaan seterusnya diangkat sebagai makanan warisan Negeri Selangor.

Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa makanan tradisional adalah seperti berikut :-

i. Mengenalpasti dan menentukan masakan tradisional Selangor

ii. Mengemaskini inventori makanan tradisi

iii. Mewartakan makanan tradisi yang dikenalpasti

iv. Inovasi ke arah mengkomersialkan makanan tradisi

 

BORANG - BORANG ONLINE PERTANDINGAN

1) PERTANDINGAN MEREKA BENTUK MOTIF BUNGA TANJUNG KELOPAK 9
2) PERTANDINGAN TARIAN POJA BUGIS SELANGOR