Majlis Perasmian Pameran Anak-Anak Sidek
Majlis Perasmian Pameran Anak-Anak Sidek (Lagenda Badminton Negara) yang berlangsung di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam telah sempurna dirasmikan oleh YB Borhan Aman Shah (Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor) pada 9 Januari 2024 yang lalu. Tujuan majlis ini adalah bagi memberi suatu penghargaan kepada Keluarga Lagenda Badminton Negara yang merupakan anak jati Selangor yang berasal dari Kanchong Darat, Banting. Turut hadir sama ialah dua orang Lagenda Badminto Negara, YBhg. Datuk (Dr.) Mohmed Misbun bin Dato’ Haji Mohd Sidek dan YBhg. Dato’ Seri Mohd Jalani bin Dato’ Haji Mohd Sidek.