Kadar Sewa Kemudahan MSAS

KADAR BARU SEWA PENGGUNAAN KEMUDAHAN DI MUZIUM SULTAN ALAM SHAH, SHAH ALAM

KemudahanSewa
(RM)
Deposit
(RM)
Kapasiti
(orang)
Tempoh
Penggunaan
AUDITORIUM DAENG CHELAK
Pakej: Sistem PA, Lampu & Penghawa Dingin
2 wire mic + 1 hand held mic, Rehersal dan Persiapan Tempat
Tambahan: RM 100.00 bagi penggunaan LCD projector & wide screen.
RM 10.00 bagi penambahan 1 mic
2,000.00 200.00 280 8.00 pagi – 6 petang
5% daripada RM 2000.00 bagi setiap satu jam selepas jam 6 petang.
DEWAN RAJA LUMU
Pakej: Lampu & Penghawa Dingin
300 buah kerusi banquet & 30 buah meja serta rehersal dan persiapan tempat.
Tambahan: RM 200.00 bagi set Sistem PA (2 wire mic + 1 hand held mic)
1,200.00 200.00 280 8.00 pagi – 6 petang
5% bagi setiap 1 jam selepas pukul 6 petang
PAKEJ : AUDITORIUM & DEWAN
Pakej: Lampu & Penghawa Dingin
300 buah kerusi banquet & 30 buah meja serta rehersal dan persiapan tempat.
Tambahan: RM 200.00 bagi set Sistem PA (2 wire mic + 1 hand held mic)
2,500.00 200.00 280  
PAKEJ PERKAHWINAN : Majlis Resepsi
Pakej: Sistem PA, 2 wire mic + 1 hand held mic
300 buah kerusi & 30 buah meja
Lampu & Penghawa Dingin
2,000.00 200.00 250 - 300 8.00 pagi – 6 petang
5% bagi setiap 1 jam selepas pukul 6 petang

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN & PEMBAYARAN :

  1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Menggunakan Kemudahan, MSAS (16) pind.02/07 tidak lewat 14 hari dari tarikh penggunaan untuk mendapat kelulusan dari Ketua Pegawai Eksekutif, PADAT. Bayaran tempahan/cagaran secara tunai hendaklah dijelaskan berserta serahan borang tempahan.
  2. Jabatan-jabatan Kerajaan yang menggunakan Pesanan Tempatan (L.O) hendaklah menyerahkan L.O apabila membut pengesahan tempahan dan bayaran hendaklah dibuat sebelum tarikh penggunaan. Bayaran penuh sewa dewan/auditorium hendaklah dijelaskan 7 hari sebelum digunakan atau semasa tempahan.
  3. Bayaran sewa auditorium/dewan hendaklah dibuat dengan cek berpalang atas nama ‘LEMBAGA MUZIUM SELANGOR.’ No. Akaun 1217-0009371-05-9, Commerce International Merchant Bank (CIMB) cawangan MRCB Shah Alam.
  4. Pihak pengguna perlu mengemukakan surat atau mengisi Borang Tuntutan Wang Cagaran serta resit asal kepada Lembaga Muzium Selangor dalam tempoh 14 hari selepas tarikh penggunaan. Selepas tarikh tersebut, wang cagaran tidak akan dikembalikan. Sekiranya pihak pengguna membatalkan tempahan dari tempoh berikut :-
    • 1 bulan sebelum tarikh penggunaan - wang cagaran akan dikembalikan 100%.
    • 3 minggu sebelum tarikh penggunaan - wang cagaran tidak akan dikembalikan.
  5. Wang cagaran hanya akan dikembalikan jika keadaan auditorium / dewan dalam keadaan memuaskan.
  6. Kadar bayaran adalah untuk kendalian sehari dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Selepas waktu tersebut sebanyak 5% dikenakan bagi setiap jam berikutnya bermula jam 6.00 petang.

SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN :

  1. Pihak PADAT tidak menyediakan perhiasan pentas, penyusunan kerusi meja dan alas meja. Pengguna hendaklah menyusun kerusi meja sendiri mengikut keperluan.
  2. Persiapan terakhir hendaklah dibuat oleh pihak pengguna sehari sebelum tarikh penggunaan tertakluk pada kekosongan. Pihak Muzium hendaklah diberitahu jika ada bantuan yang diperlukan. Sebarang perkhidmatan tambahan yang diperlukan, pihak pengurusan boleh mengenakan bayaran atas perkhidmatan yang diberikan pada kadar yang ditetapkan. Permintaan terhadap tambahan di saat-saat terakhir tidak akan dilayan.
  3. Sebarang tambahan kemudahan dan alat-alat yang diperlukan oleh pihak pengguna hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan muzium dan diuruskan sendiri oleh pihak pengguna. Pendawaian elektrik tambahan tidak dibenarkan sama sekali sebelum mendapat kelulusan Lembaga.
  4. Pihak pengguna bertanggungjawab diatas keselamatan kawalan, kebersihan, tatatertib pengguna dan segala peraturan serta arahan dipatuhi dengan sepenuhnya. Pihak Lembaga tidak akan bertanggungjawab atas segala kemalangan/kematian atau kehilangan harta benda pihak pengguna. Segala tuntutan tidak akan dilayan.
  5. Segala kerosakan dan kehilangan harta benda muzium akibat kecuaian pengguna akan dituntut oleh Lembaga Muzium Selangor dan hendaklah ditanggung oleh pihak pengguna itu sendiri.
  6. Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengguna untuk memastikan sampah sarap atau sisa makanan dibawa keluar terus daripada kawasan bangunan Muzium Sultan Alam Shah.
  7. Pengguna dimestikan berpakaian kemas dan menunjukkan tingkah laku sopan semasa berada di dalam dewan/auditorium.
  8. Dilarang membawa makanan/minuman di dalam auditorium. Dilarang merokok didalam auditorium/dewan. Dilarang berniaga di dalam ataupun di luar kawasan auditorium/dewan. Segala aktiviti yang dijalankan hendaklah tidak melanggar undang-undang negara.
  9. Pengguna tidak dibenarkan memasuki kawasan lain selain yang telah ditetapkan ( kecuali galeri pameran ).
  10. Sekiranya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pihak pengurusan berhak membuat apa-apa pindaan dan boleh membatalkan sebarang tempahan bila-bila masa tanpa merujuk pihak pengguna. Pihak pengguna tidak berhak menuntut gantirugi dan sebarang tuntutan lain.
  11. Pihak pengguna perlu memaklumkan kepada pihak keselamatan Muzium untuk membuat pemeriksaan keselamatan dan kebersihan bersama sebelum meninggalkan auditorium/dewan.
  12. Segala keputusan Lembaga di atas segala masalah yang mungkin timbul/berbangkit dengan pengguna adalah muktamad.

Sebarang tempahan atau pertanyaan sila hubungi:

Unit Urusenggara
Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT),
d/a Muzium Sultan Alam Shah,
Persiaran Bandaraya,
40000 SHAH ALAM.

No. Telefon : 03- 5519 0050 / 5519 7604 / 5510 3190 & 5510 3220
No. Faks : 03- 5510 1799
Encik Khalid Ashwali bin Jamaluddin
Encik Ahmad Najib bin Zaini

BilDokumen 
1 Iklan Penuh Muat turun
2 Borang Tuntutan Wang Deposit Muat turun